assalamulaikum wbt.
memang dah lama tak menulis ni. sejak ada blog baru, saya makin jarang untuk singgah ke mana2 blog even jadi silent reader. memang pemalas -.-
okay.ni nak cte yang saya dah masuk 2nd half of the 2nd semester. subject makin tough and saya perlu tough kan diri untuk terus menimba ilmu. hihi ayat.
okay sekarang demam pru dah tiba. kat sana sini orang dok cakap pasal pru.
ada yang fitnah parti tu parti ni, tak tau mana yang betul. kte yang dengar jadi makin confius dan serba salah. lepas tu kita buat assumption sendiri yang kita pun tak tau hujung pangkal samada sahih atau tidak.
seharusnya, kita perlu selidik dulu sebelum membuat sebarang telahan. kan?
pada pandangan saya, mahasiswa sekarang perlu cakna isu semasa. isu semasa ni banyak. bukan hanya dikecilkan skop kepada politik sahaja. isu semasa samada fesyen, gadget, alam semula jadi , etc.
kita jangan pertikaikan kenapa kita perlu ambil tau tu semua. sebab sedar tak sedar, generasi kita yang akan bentuk Malaysia beberapa tahun akan datang. so, takkan kita nak memb*** buta je tadbir Malaysia ni tanpa study terlebih dahulu pasal history and so on. kan?
'eh. saya amek medic. takkan nak tau pasal politik jugak??'
'isy3. tu fitnah je semua.tak yah ambil tau. politik tu kotor'
haha. bukak minda sayang. isu semasa dengan belajar lain. belajar tu memang ada dalam syllabus. tapi isu semasa ni antara nak tau ngn tak nak tau je. takkan awak nak jadi doktor yang bawah tempurung? err ada ke istilah tu? haha. kesimpulannya, kena ambil tau. dalam bahasa omputeh nye, by hook or by crook!
politik kotor? eh tak. politik tak kotor. sedangkan Rasululah pun join politik. Baginda SAW jadi ketua pemerintah lagi time baginda tadbir Madinah. mana mungkin politik tu kotor :)
yang kotornya, adalah mereka2 yang tak bertanggungjawab memanipulasi pelbagai perkara yang akhirnya timbulkan ketidak puashatian masyarakat setempat.
ha. tu yang kotor. mereka guna pelbagai cara yang kotor, gara2 akal yang sempit dan nafsu yang memuncak semata mata ingin mencapai kepuasan hidup.
sepatutnya, sebagai pemimpin, teladan yang baik mesti ditonjolkan . kan? ha. part atas tu la yang saya kata kotor. bukan politik tu. memahami? alhamdulillah ;)
'eh,awak cakap pasal politik.course awak ada subject tu eh?'
tak.saya budak bio.nak undi pun tak cukup umur lagi :) *peace*
No comments:
Post a Comment